taksalah
Rabu, November 9 @ 7:19 PTG | 0 notes

nenek saya bele anjing banyak !

sebelum nak mengutuk or nak memberi komen yang negetive bace dulu

'
'
'
'
'
'
'
Hukum Memelihara Anjing
Imam Nawawi berkata: Mazhab Syafie berpendapat, Haram memelihara anjing tanpa ada keperluan dan harus memelihara untuk tujuan perburuan, menjaga tanaman dan menjaga binatang ternakan. (Syarh sahih muslim)
 
Ulama Maliki berpendapat, "Makruh memeliharanya dengan tujuan selain dari menjaga tanaman, menjaga binatang ternakan dan berburu."
Sebahagian ulama Maliki mengatakan harus. "Pelihara untuk jaga rumah dan tujuan lain (selain 3 tujuan yang disebut dalam hadis)
 
Imam Abdul Bar berkata, "Termasuk dalam berburu dan sebagainya yang mengharuskan membela anjing adalah membelanya untuk mendapat manfaat dan menghindari kemudaratan. Ini diambil dari qias. Makruh membelanya hanya kerana membela tanpa keperluan." (Fathul Bari)
 
Ibnu Quddamah (Hambali) berkata, Haram membela anjing untuk men­jaga rumah kerana hadis yang lepas."
 
Kesimpulan: Ini termasuk dalam perkara khilaf. Mazhab Syafie membe­narkannya untuk tujuan keperluan seperti berburu, menjaga rumah dan se­bagainya dan haram membelanya tanpa tujuan tertentu.
 
Rujukan: Fathul Bari oleh Ibnu. Hajar Asqalani, syarh sahih muslim oleh 1 Imam Nawawi dan Mausuah Feqhiah kuwaitiah.



lagi?

Pun begitu, Al-Qaradawi menjelas­kan, anjing yang dipelihara kerana ada kepentingan seperti untuk berburu, menjaga tanaman dan ternakan dike­cualikan. Larangan memelihara anjing hukumnya makruh bukannya haram. Kalau sesuatu yang hukumnya haram maka ia sama sekali tidak boleh dilaku­kan langsung sama ada pahalanya berkurangan atau tidak.

Anjing boleh dibela oleh orang Islam untuk tujuan-tujuan tertentu saja menurut Sheikh Ahmad Kutty.
1. Anjing yang dilatih untuk kerja memburu. Namun harus diingat, Islam hanya membenarkan mem­buru untuk tujuan makanan saja kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atas sebab suka­suka.
2. juru pandu, anjing yang digu­nakan oleh orang buta untuk menjadi juru pandu yang terlatih melakukan khidmat itu.
3. Melaksanakan tugas-tugas polis.
4. Penjaga keselamatan rumah dan harta  benda.
5. Sebagai penggembala dan penjaga ternakan seperti kambing dan lembu.