Khamis, Oktober 4 @ 1:59 PG | 0 notes

assalamualaikum,
 dengan masa yang diperuntukkan saya mengambil keputusan untuk menulis coretan hati,
sebagai seorang wanita, saya amat sedih kerana keindahan cerita wanita dari zaman Rasulullah tidak seindah seperti sekarang, jelas kerana wanita kini lebih bebas dan sedia memberi maruah mereka kepada lelaki yang tidak semestinya bakal menjadi jodoh mereka.
saya tidaklah semulia dan seindah wanita dari zaman Rasulullah, namun saya mengakui bahawa saya lebih gembira dan ikhlas menerima jodoh yang telah dipilih dan digandingkan nama saya dan beliau sebelum wujudnya saya. saya bukan kolot dan kuno, saya sering kali berdoa agar saya bercinta dengan bakal suami selepas berkahwin, saya tidak mampu menambah dosa yang sememangnya amat berat untuk ditanggung jika bercinta sebelum kahwin. Ramai kawan saya mengatakan saya kolot, jelas sekali saya tidak seindah seperti wanita dari zaman Rasulullah. Usia saya belum lagi matang namun pemikiran saya boleh dikatakan sudah matang, saya sememangnya mahu mengelak dari melakukan maksiat dan zina mata dengan itu saya sering kali berdoa agar jodoh saya datang  kalangan yang mulia dan mendapat kejayaan didunia dan diakhirat. Saya tidak mahu dilabel GATAL, jadi maafkanlah saya jika tersalah kata dan bahasa. 
ASSALAMUALAIKUM.